Tuesday, May 6, 2008

Hilangkan Spyware using Ad-Aware

Banyak pengguna komputer memiliki Spyware dan tidak tahu itu mereka miliki, dan tidak tahu bagaimana cara menghilangkannya. Jika komputer anda sedang membuka website yang tidak ingin anda buka, atau jika anda mendapat pop-ups ketika anda tidak sedang berada pada Internet, atau jika komputer anda berjalan sangat lambat, tanpa alasan, anda mungkin memiliki Spyware.

2 program AntiSpyware yang bagus adalah: AdAware SE dan SpyBot. Kedua program ini sangat disarankan oleh TechTV dan syarikat komputer lainnya dan keduanya dapat berkerja secara bersama dengan baik. Mereka saling melengkapi dan menangkap Spyware jika yang lain gagal melakukannya.

Jika selepas pemasangan antivirus tersebut anda masih tidak dapat membuang atau menghapuskan Spyware tersebut, anda mungkin perlu membawa komputer anda kepada pakar yang dapat menyelesaikannya.

Harus diingat juga, sebahagian Spyware adalah sungguh bijak. Walaupun anda telah membuangnya daripada sistem komputer, namun ia berupaya untuk masuk semula secara sendiri kedalam komputer anda. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan kepada kerja anda seharian terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan menggunakan sistem komputer.

Jika keadaan ini sukar di selesaikan, satu cara terbaik untuk anda lakukan ialah buat back up terhadap fail yang anda perlukan dan format hard disk anda seterusnya install semula sistem operasi tersebut. (*Last Resort to do)

No comments: